Pages

Thursday, January 6, 2011

sebermulanya karier aku~

assalamualaikum
musim persekolahan sudah pun bermula,,maka ramailah adik-adik dan saudara mara yang masih bersekolah menyambung semula, memikul tanggungjawab sebagai anak bangsa, menuntut untuk memajukan diri dan negara,,begitu juga aku!!

aku?!! ya!!
sebermulanya persekolahan, maka bermulalah juga karier aku sebagai seorang guru,,
ya,,seorang guru yang baru berkhidmat, baru sahaja ditempatkan,,dan alhamdulillah, telah mendapat tempat berdekatan dengan rumah dan boleh bersenang-lenang tinggal bersama mak n abah,,yang bile,,balik je dari sekolah, makanan sudah terhidang, baju sudah berbasuh,,owh,,sungguh hilang rsa tension ketika di sekolah,,

minggu pertama persekolahan sangat bz, tiada masa untuk menguruskan diri-sendiri,,,
itu pun mujur masih bernasib baik kerana terlepas dari memikul tanggungjawab sebagai guru tingkatan,,aku bersyukur di situ, sepanjang 4hari bersekolah ni,,mmg tersangatlah bz aku rse,,sbb segala2nye harus complete sebelum hari khamis, untuk diperiksa dan di cop oleh Guru kanan subjek dan seterusnya pemeriksaan oleh pengetua pada hari jumaat,,segalanya harus lengkap berisi tanpa gagal!! dan Alhamdulillah aku sudah melepasi tahap kritikal itu, cuma harus bersedia mental untuk berhadapan dengan pengetua yang bermuka angkuh lagi bengis itu,,,adeh,,(-_-")

setakat ini, cuma memikul tanggungjawab sebagai guru KHB ting 1&2, alhamdulillah lagi sekali kerana mendapat sesi pagi, maka pelajar2 ting. 1&2 automaticly dari kalangan yang terpilih dan pintar2 belaka juga dari kaum muslimah. Selain itu, menjadi guru PJK untuk ting. 4&5,, maka selepas ini, harus rajin turun ke padang, bermain bersama-sama pelajar aku,,,haha,,terima seadanya dan pura-pura enj0y,,yeah!! total mengajar untuk seminggu adalah 16waktu plus minus relief memanjang,,tetapi, dengar2 minggu depan ada jadual baru akan keluar, semoga tidak membebankan,,huhu,,

lain-lain jawatan, masih lagi blur,,cuma setakat yang tahu menjadi guru penasihat untuk pengakap dan juga persatuan KHB,,juga menjadi AJK 3K untuk bengkel KHB dan AJK SPBT untuk ting 1,,semuanya aku terima dengan hati yang ikhlas,,v(^_^)v


p/s : semoga semua urusan aku selepas ini dpermudahkan dan semoga diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anak muridku,,sesungguhnya, semoga ilmu yang aku sampaikan adalah ikhlas dan diberkati ,,aminnnn,,,



[mynewmenadieya]



3 comments:

Fathiha Zainal said...

Bestnye kmu dh jd cikgu!!! Congrats yaya! Moga dipermudahkan segala urusan.. Aminnnn~ :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Pas nie i call u Cikgu Nad la yeh.. hehe~
semoga bekerja dengan sungguh2!!
gambatte!

yours
SH

mynewmenadieya said...

thanks korg,,,
moge dipermudahkan,,,aminnnn,,,,hehe~