Pages

Thursday, February 10, 2011

Pada Suatu Hari Di Sekolah

Pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya kepada gurunya.
Ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih sayang.

 Pelajar: “ Cikgu mcm mna kita nk pilih seseorang yg terbaik sebagai org yg paling kita sayang? mcm mna juga kasih sayang itu nk berkekalan?”

Cikgu: “Ok, kamu ikut apa yg saya suruh.
Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”



Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?


Pelajar: “Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada byk yang cantik, tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tp cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yang saya boleh petik.”




Cikgu: “ Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang, jgnlah kita mencari yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah org yg paling kita sayang. Itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun kalau diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.....


3 comments:

SoLy SoLicious said...

haha..
1 analogi yang ckup berkesan :)

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

seriusly! i love this!.. cool Nad!

yours
SH

mynewmenadieya said...

yess,,
realy luv diz!!
tq 4 reading!!ngeeee